PUISI SATU HIKAYAT


Aku mahu jadi seorang tentera yang berpuisi.
Coretkan kata cinta pada Pencipta, manusia, dan tanah bernama negara.


Merpati

Jauh terbang si merpati
Menyampaikan pesan cinta
Seakan-akan pesan terakhir buatnya

Bulu merpati yang dulu putih
dah tak seputih suci lagi
Panas mentari dan renyai hujan dingin
basah lunturkan warna si merpati

Ia pernah jatuh
Patah sayapnya

Ia terluka berdarah
Tinggal parut selamanya

Merpati cuba terbang lagi
Tapi tak setinggi

Lukanya mungkin sembuh
Yang patah kan tukar jadi seliuh
Tapi merpati tak akan sama lagi
Takut terbang tinggi
Nanti jatuh luka patah kembali.

Satu Hikayat,
25 Oktober 2013, Pulada, Johor Bharu


Penjejak Belantara Itu

Penjejak belantara itu
Pucuknya masih hijau
Merimbun mekar
Masih galak menjalar melingkar.

Tika pepohon seusianya
Membesar megah di kota raya
Dia berkorban raga
Bersahabat fauna berteman belantara
Demi sebuah nusa
Tanah bernama negara.

Penjejak belantara itu,
Tidak pernah ia berkata-kata
Mencerca nasib jua duri ditempa.

Baginya darah yang mengalir setia
dalam jasad sang kesatria
Adalah pengorbanan yang mulia.

Lalu pintanya
Secangkir doa pengubat luka
Secebis restu dari yang tercinta.

Hanya itu perawat sengsara
Tangkal azimat buatnya
Menempuh hari muka.

Satu Hikayat,
Kongkoi, 15 Jun 2009.


Puisi Buat Abah

Cukuplah dengan memandang pusara mereka
Aku tak terbayang
Saat pertama
Bila padaku terjadi perkara yang serupa.

Tangis hiba dan air mata
Mengiringi sambutan di pagi mulia
Saat tanganmu dulu kucium mesra
Kini hanya dua nisan tempat kumeluahkan rasa
Hanya pusaramu jadi peneman bicara.

Abah,
Masih jelas teringat
Bila kau berdiam di penjuru itu
Duduk bersandar,
hanya melihat gelagat anak cucumu.

Abah,
Masih tajam memahat
Kata-katamu penuh azimat
Tangkal kejayaan anak-anakmu dunia akhirat.

Abah,
Tak terbalas peluh keringat
Pengorbanan demi membesarkan anak-anakmu
Juga kasih kuingat selalu
Yang kaucurahkan tanpa pernah mengenal jemu

Abah,
dulu kautulis puisi buat datuk dan nenek
dan anakmu yang membaca.
kini puisi kesedihan ini kutulis
dengan air mata dan hiba.
Dan bila hari esok,
Cucumu pula yang akan mengirim puisinya untukku.


Satu Hikayat, 16 Ogos 2011,
Penjara Emas.



Dari Gigilmu Yuko
(Nukilan dalam gigil di puncak Kinabalu.)

Senyum manis,
Pesona gadis dewasa,
Kotaraya Tokyo dari asalnya,
Ke negeri di Bawah Bayu
Kau bawa harapan.

Menggigil kesejukan,
Di puncak Kinabalu kau gagahkan,
Kudrat wanita apalah gerangan,
Batu-batuan didaki dalam kelam,
Bertemankan sinar teman-teman.

Kulihat kau kesepian dalam gigilmu,
Sapaan kuhulur tanda kemesraan,
Kiranya apa tujuan dibawa kemari
Ke puncak tinggi menggapai awan,
Lalu dia menjawab tanpa segan,
Malang menimpa diri setahun sudah
Mahu dibuang
Demi tahun mendatang penuh pengharapan

Lalu kuterfikir,
Untungnya aku ada-Mu Tuhan,
Tak perlu berhabis-habisan,
Demi memohon perkenan sebuah impian.

Kurenung ke langit tinggi,
Bintang bersinar mulai hilang,
Di gigi awan kaumunculkan sinar,
Sang suria yang kunantikan,
Menghilang gigil Yuko, dan aku,
Meruntuh sebuah ego gadis dari timur
Negeri terbit mentari.

Terima kasih Tuhan,
Rahmat-Mu buat kuterus kembara.
Satu Hikayat,
Puncak Gunung Kinabalu, 24 Disember 2012.



Mencari Mentari Terbenam Indah

Tiap senja ku mencari
Menanti
Mentari terbenam indah
Buat kurakam di lensa kaca
Dan dipersembahkan untukmu
Kukotakan janji yang sudah

Tapi sayang bukanlah mudah
Langit yg ku ada tak selalu cerah
Terkadang mentari dilitup awan
Dan kalau pun langit itu tenangnya terserlah
Hilang pula mentari entah ke mana

Saatnya senja bukanlah lama
Bila yg sempurna di depan mata
Kadang ku lepas kerana terleka
Ada kala ku biar sebab terpaksa

Ku terus mencari dan menanti
Mentari terbenam indah di gigi langit
Jingga warna cantik terbias
Di angkasa nan indah
Lautan tenang jua terhias.

Harapnya sempat kuberjumpa
Mentari terbenam yg terindah
Sebelum aku pulang habis masa.

Satu Hikayat.
Port Dickson, 4/10/2013.



Bulan Sabit Yg Tiba

Senja demi senja menyimpan impiku
Hampa demi hampa kutemui buntu
Di mana mentari terbenam indah
Yang aku cari selalu??

Dari ufuk ke ufuk
Langit ke langit
Di mana sembunyi mentari senja
Kenapa hilang tiba-tiba?

Hari ini di langit ungu
Kujumpa suatu yg baru
Bulan sabit yg tiba
Bawa aku bahagia

Kusangka hanya purnama
Yg cantik tak tergambar bahasa,
Namun datang bulan sabit,
Aku rasa sempurna segalanya.

Satu Hikayat,
Port Dickson, 7/10/2013



BILA JADI
aku belajar untuk lupakan kamu.

bukan aku mahu, tp kau yang paksa aku.
memang dulu aku tak pernah bayangkan hidup aku tanpa kamu,
tapi kini, itu yg aku perlu.

memang perit, perih, dan sedih.
tapi aku harap, kali ni aku jadi betul-betul seorang lelaki.

pemaaf bukan bererti senang ditindas,
mengalah tak semestinya aku yang kalah.



Sudah Tiba Masanya.

kita akan sangat terasa suatu perkara tu bernilai bila kita kehilangan
tidak akan ada yang kedua selepas perginya yang pertama,
dan tak mungkin masa yang berlalu boleh kita kembalikan.

sementara masih ada, hargailah.
tapi sampai masa, hari yang sangat ditakuti untuk tiba, akan tiba jua akhirnya.

But we have been waiting and counting this day a long time ago right??
Then, we can accept this with calm.

" i wish i can go there
one day
sooner or later "

i just can't resist that feeling, that i will miss the moments that we have here!

Oh Allah, let me do something for it.

Distance make our heart grow fonder.



Kata Yang Indah

Aku bosan. aku letih menjadi bukan diri aku. aku rimas dalam dunia yang bukan aku cari.

*Bodoh, bengong, sial, dayus.
maaflah, aku tak ada tempat lain nak luahkan kata-kata kurang sopan dan ajar ni.
entahlah, sejak akhir-akhir ini aku terbiasa,
walau hanya sekadar monolog dalaman buat diri.

Ini bukan cara dan kata yang aku cari selama ini,
bukan zikir di mulut aku setiap hari.

Perlu kah hidup kalau mahu jadi tegas dan ganas,
mahu memaksa dan menggesa,
kena guna semua perkataan dan bahasa yang macam ini.
Banyak-banyak perkataan yang indah,
 kenapa kita perlu guna perkataan yang dajal ni??

"Fasbir kama shobaro ulul azmi minarrusuli."
"Maka sabarlah sebagaimana kesabaran orang-orang yang bersemangat besar dari para rasul sebelummu."

“wa idza khatobahumul jaa hiluuna qaalu: salaamaa."
"Dan bila dicaci maki oleh orang-orang yang bodoh-bodoh, mereka sabar tidak melayan."

Pesan dan firman-Nya banyak.
Kalau tak mahu dengar pesan mereka yang sama lemah dan serba kekurangan macam kamu,
dengar dan ikutlah kalam Pencipta.
semua lengkap segala.

Ko lembab.
Lambat sangat kan.
faham-fahamlah.
sudah, aku mahu tidur.
Tiada bahasa yang indah aku jumpa di dunia realiti
moga berjumpa dalam mimpi.


Satu Hikayat,
9 Jun 2011, Penjara Emas.



Pertama Kali Aku Tahu

Hari ini kukutip ilmu baru tentang adab tuntut ilmu,

Sempena khutbah jumaat,
tetapi amalannya dalam segenap ilmu hingga ke akhirat.
Katanya, adab menuntut ilmu, tiap kali kita belajar sesuatu,
anggap sahaja ilmu itu pertama kali kita tahu,

selama ini betapa sombongnya aku dengan ilmu.
taipkali aku tahu benda yang sama, aku akan kata,
ah, ini aku sudah tahu!
alah, itu pun aku sudah tahu!

baru aku sedar, betapa bodohnya aku.
betapa aku terlupa untuk menghormati ilmu,
bongkak sombong tak sedar aku dungu.

semoga kebodohan ini adalah yang terakhir kalinya buat aku.

Satu Hikayat,
UPNM, 8 April 2011.



Hikayat Perjuangan

Satu hikayat pabila terciptanya cerita.

hikayat insan yang bersengketa kerana perjuangan yang berbeza.
katanya, andai kali ini antara kita ada yang memilih untuk pergi,
aku harap tiada seorang pun yang berpaling
menangisi pemergian ini.

Biar tekad tertanam erat di dada,
biar bertegang urat kelu lidah tak berkata.
biar pergimu berpaling tiada.

Pergi lah,
sungguh, ini pun jihad namanya.
jihad juga, walau ianya kecil cuma,


Satu Hikayat,
5 Mei 2011, Penjara Emas



L.I.M.A

Hanya lima waktu.
Lima, bukannya seribu satu.

Pun tidak lama, sekejap cuma.
Sekejap sampai tak terasa pun masa.

Itu tiang, dan dengan itu juga kita dinilai.
Tapi sayang, yang utama itu jugalah ramai yang lalai.

Pernah kita leka, tapi sampai bila?
Jangan nanti bila sampai masa, kita sudah tak bernyawa.

Saat ditimbang amal dunia,
Kita hanya mampu bersedia tuk merana.

Buat, dan jangan sekali kita tinggalkan.
Solat, dan solatlah sebelum sampai hari kiamat.

Maghrib, 28 Mac 2012.




CINTA

Kalau cinta dan kasih itu kita katakan kuat,
Datanglah cabaran dan dugaan yang maha hebat,
Cinta kita itu takkan pernah tergugat.



KUHITUNG JALAN YANG PANJANG

i.
Telah lama kuhitung
Sebuah jalan yang panjang
Kukutip seribu cerita
Berkongsi sejuta rahsia
Hingga akhirnya aku tiba.

ii.
Saat aku tiba
Sungguh kuat terasa
Hari-hari semalam yang aku fikir lama
Bila sudah berlalu sekejap Cuma
Selalu kurasa ingin diputar semula masa.

iii.
Hari ini
Kuhitung semula jalan yang panjang
Dan berharap aku akan cepat tiba,
Kembali merasa ingin memutar masa.

Satu Hikayat,
Port Dickson, 3 Okt 2013.


BOM BAHAGIA

Ada kala yang kauperlu
Hanya sebiji bom bahagia
Memusnah segala lara
Agar yang luka bertukar ceria.

Sekecil-kecil bom
Bila diletup dan meletuplah ia
Berkesan seluas kawasan
Bekas-bekas dimusnah jadi tinggalan

Bom-bom bahagia yang kuletup sengaja
Aku tinggalkan jadi kenangan
Kerna untuk bahagia itu milik kita
Di atas diri, semuanya.

Satu Hikayat,
KTD, 2 Okt 2013.




RODA HIDUP

Belum pun mentari terbit tinggi
Sudah tertulis sejak azali
Nasib diri kau aku berbeza.

Hari ini kauberlari seperti mati,
Aku berjalan perlahan suka hati.

Esok aku ditendang-ditendang,
Kau tersenyum girang disayang orang.

Hari ini hari aku,
Esok hari kamu
Hari lusa entah siapa lagi.

Persis roda hidup
Berputar di paksi sendiri
Atas bawah kitaran biasa, hal biasa,
Asal tidak selamanya sama,
Tak kenal putus asa.

Satu Hikayat,
KTD, 2 Okt 2013.



I'm that friend - Akulah Sahabat Itu

Akulah Sahabat Itu

Aku akan di situ untuk kamu

Hingga kau jumpa yang lebih baik
Yang mampu beri kau lebih
Aku akan di situ untuk kamu

Aku akan di situ selalu

Di awal pagi buta
Atau di malam hitam pekat
Kamu akan selalu ada aku

Aku tahu aku bukan yang terbaik
Sahabat teragung sepanjang zaman
Miliki segalanya di dunia
Paling berbakat mahir segala

Tapi aku akan selalu di situ
Hingga kaujumpa yang boleh bagi lebih untukmu

Itulah aku
Sahabat yang akan selalu ada
Hingga yang lebih baik kau kan jumpa.



Kehadapan Mak Abah di Tanah Suci 
(Dedikasi buat mak dan abah yg sedang mengerjakan haji di Mekah)

Kehadapan mak abah di Tanah Suci
Apa khabarnya kalian hari ini
Sihat sejahterakah di bumi para nabi.

Mak dan abah,
Anakmu turut gembira
Yang dipohon dari Maha Esa termakbul jua
Impian disemai berdekad lama jadi nyata
Kau jadi tetamu Dia.

Mak,
Panggilan singkatmu jadi penyeri
Anakmu rindu tak terperi

Abah,
nanti di Kaabah
Ciumkan hajarulaswad untuk ku
doakan supaya tekad anakmu
Sehitam batu itu.

Mak kata
Di jabar rahman
tanah pertemuan adam hawa
Mak doa anaknya dipertemu bidadari dunia
Terbawa-bawa hingga ke syurga.

Mak dan abah,
Di pagi aidiladha ini anakmu mengangkat tangan
Kupohon dari Illahi moga kalian selamat pulang
Bersama haji mabrur yang dicanang.

Hari raya korban ini mengingatkanku
Tiada pengorbanan semulia sesuci
Setulus kasih dan pengorbananmu mak dan abahku.

Wan Nurhidayat,
Masjid Pusarti, Port Dickson.
10 Zulhijjah 1434H.



Penjajah

Jangan pernah kau tawan hati itu
Kalau kau tak berniat untuk duduki
Bawa harmoni setulus hati

Jangan kau jadi penjajah
Yang hanya tahu meratah
Habis yg dimahu terus kau blah



Entah bila

Entah bila
Bila kauhadir dengan bualmu
Aku lupa asal lukaku

Entah bila
Dapat kulupa irama lagu
Bila kau datang kembali menyanyi
Persoal lirik yang cuba kupadam lenyap

Entah bila
Dapat kuterima mengaku
Terkadang yang hadir dalam hidup ini hanya kan kekal di hati
Tak selamanya di sisi hingga mati

Entah bila
Masa berlalu
Sudah berbulan kurasa seakan baru semalam
Kutaipkan kata pertama buatmu.



Antara Pantai dan Pagar Berduri

Petang hening di tepi pantai ini
Tenang mengulit jiwa
Deru ombak mengalun irama riang
Hembusan angin membisikkan aku kenangan manis semalam

Biru menghijau lautan kasih
Di kejauhan terlukis indah tanjung biru
Kapal dagang berjalan pulang
Seolah-olah tak akan pernah kembali
Nampak cantik, biar dihalang pagar berduri

Indahnya lukisan Yang Maha Mengetahui
Pagar berduri tak mampu khianati
Kecantikan pemandangan ini

Terkurung di balik pagar berduri ini
Apa lagi yang aku mahu selain menjamah tanjung biru itu
Bertapak di ombak
Akan kuhirup udara segar atmosfera angkasa luar
Melepaskan dendam terpenjara di pagar berduri.


Lelaki  untukmu wani
Lelaki untukmu wani
Ibarat payung warna-warni
Bukan hanya lindung basah hujan dan terik mentari
Tapi juga menghias indah jadi penyeri

Lelaki untukmu wani
Seperti lampu neon
Jadi teman takut malam
Hingga cerah suluh matahari

Lelaki untukmu wani
Tak semestinya perlu semulus sufi
Cukup kalau boleh pimpin kau
berjalan di dunia menuju syurgawi

Lelaki seperti itu Wani
Takkan buat kau melankolik lagi
Sabarlah, kan kaujumpa juga
satu hari nanti.

Satu Hikayat,
27 Okt 2013, Pantai Teluk Kemang, N.9