Selasa, 29 Mei 2012

JAGA ALAM SEKITAR - BUAT APA YANG ANDA MAMPU!


Petang tadi admin ada exam Ketenteraan. Macam biasa budaya tentera ni, sebelum apa-apa aktiviti ada baris untuk kira cukup ke tak orang yang datang. Dan di situlah admin bertanya sahabat admin soalan lazim yang biasanya ditanya semenjak dua menjak ni.

“ Ko dah like page Green Soldier belom? Ke ko dah like ek? Aku lupa.. hehe ”.
Maka selamba jawapan dari sahabatnya,
 “ Belom. Aku dah banyak kali tengok page tu, tapi aku tak like lagi. Bukan apa, content, fakta dan artikel dalam tu semuanya aku tak faham. Bahasa dan fakta dia tinggi sangat.”

Maka hampir gugurlah jantung admin tatkala mendengar jawapannya itu.
Apa pun, ini jawapan dan penerangan dari krew Green Soldier buat anda kepada anda Cik Ibnorita.
Laman Green Soldier ini hasil idea dan buah fikiran sekumpulan anak muda dari UPNM yang sememangnya bersemangat askar dan waja.

Semangat yang jitu ini dimurnikan dan diterjemahkan pula dalam bentuk kecintaan terhadap alam sekitar, memandangkan anak-anak muda ini sedar betapa dangkal dan ceteknya pemahaman dan penerapan alam sekitar di kempus mereka. Maaf, ini kenyataan yang perlu kami dan anda telan walau sememangnya pahit. 

Kita memang begini. Berlagak saja tahu, padahal kita semua kosong dan tak berisi, sama saja macam tauhu.
Dan ramai yang bertanya. Dalam ruang lingkup kita di kampus kecil ni, dan dengan tong kitar semula pun tak ada, macam mana kita nak jadi pencinta alam sekitar dan amalkan amalan hijau?

Jawapan kami senang saja. BUAT APA YANG ANDA MAMPU! Ye, semudah itu. Dan antara amalan hijau yang perlu anda amalkan sama ada secara paksa atau rela ialah –

i.             Mengurangkan penggunaan beg plastik. Bila ke kafe atau koperasi, elakkan sama sekali dari mengambil beg plastik dari kaunter. Gunalah beg anda yang besar dan mahal tu untuk mengisi barangan.

ii.           Tutup suis bila anda tinggalkan bilik penginapan atau kelas, atau bila-bila masa anda tidak memerlukannya. Kalau la anda sendiri yang membayar kesemua bil yang anda gunakan, baru anda tahu betapa banyaknya pembaziran. RM 100 000 putara bil elektrik untuk kampus sekecil ini bukanlah sebuah nilai yang kecil untuk ditanggung.

iii.         Jimatkan air! Tutup pili air ketika anda masih mamai memberus gigi di pagi hari, membasuh baju yang direndam berhari-hari, ataupun ketika anda sedang menunggu proses penyahtinjaan najis anda di dalam mangkuk tandas selesai. Semudah itu. Memang anda tak perlu bayar bil air tu, tapi cuba bayangkan betapa seksanya kita bila air takde.

iv.          Print dan guna kertas hanya bila perlu. Memang la korang banyak duit nak beli kertas exam pad banyak-banyak, dan kertas kat pejabat pun tak kena bayar. Tapi korang sedar tak bila mana korang membazir? Bila korang guna banyak kertas, sama la dengan korang pergi kerat-kerat pokok mak kita tanam kat umah tu. Macam tu lah ibaratnya. Satu lagi, buat samdol-samdol yang print resit ATM nak cek baki past uterus buat kat dalam tong sampah tu. Woi, cek kat machine terus tak boleh ke?

Cukuplah bebelan kali ni. Kat sini dua sahaja harapan admin.
Pertama – Korang yang malas sekalian jadi rajin untuk membaca tulisan ni sampai akhir.
Kedua – Korang yang keras kepala ni diberi kesedaran untuk berubah walaupun sedikit.
Sekian, bersamalah kita menjadi askar hijau demi bumi yang tercinta ini.

Isnin, 28 Mei 2012

UNINTENTIONALLY MOTIVATED BY SOLDIER-BUNKFACE



Masa tu semua blank. Plan semua tak jadi, dah la cuti pun dapat jarang sekali. Perkara yang dibuat jadi sia-sia, tenaga dibazir macam tu je. Kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yang mnentukan semuanya.

Dan masa saat tu, aku terfikir. Betol ke pilihan aku selama ni? Atau aku terlampau bodoh dalam tentukan matlamat kehidupan aku sendiri?

Sesal sekarang pun dah tak guna. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal jalan. Alang-alang mandi biar sampai wangi.

Bukak radio, dengar lagu stesen radio Melayu. Tapi lagu omputih jugak yang dimainnya. Bila dengar lirik dia, bermakna. Soldier – Bunkface. Ada 3 perkara pasal lagu ni;-

i.             Aku suka dengar Bunface nyanyi lagu omputih. Memang bunyi sebijik macam mat Saleh, bagi aku lebih kurang je dengan Green Day, Westlife sume tu bila dengar.

ii.           Lirik lagu ni penuh bermakna bagi aku, atau mungkin cukup sekadar aku cakap bermakna.( sebab banyak lagu yang sedap, tapi takde pun makna.) Baris-baris permulaan pun dah cukup sedap bunyi dan maknanya. You are a soldier
A rising sun Wait for the heyday Look far away And believe in yourself Your name's on a shelf A legend ”.
Tak cukup bermotivasi lagi dengar rangkap ni?

iii.         The few last lyrics sound,

“You are a soldier
Light up the night
We are the soldiers
We'll stand and fight
At the end of the day
Forever we pray
For the legend”

Yes, believe in yourself! In whatever u do, and what field you are now, create your own legacy of success. We can succeed, as long as we have desire, patience, motivation and most important, you are really want to succeed!!

Bunkface
Soldier lyrics
You are a soldier
A rising sun
Wait for the heyday
Look far away
And believe in yourself
Your name's on a shelf
A legend

You are a soldier
The chosen one
Bring back the heyday
Look far away
With respect and decay
Forever we'll stay
Together

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart (3x)
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bunkface/soldier.html ]
You are a soldier
Light up the night
We are the soldiers
We'll stand and fight
At the end of the day
Forever we pray
For the legend (the legend)

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart (3x)

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart (Its in your heart)

Ahad, 27 Mei 2012

Pantun nak balik kampung tapi tak dapat cuti.

terperanjat mak mandir nampak pak belang,
Dengan pak pandir nak pergi nak pergi ke Tumpat,,
hajat di hati teringin nak pulang, 
apakan daya memang cuti tak dapat

Pantun nasihat budak sains sukan.

pantun nasihat utk budak sains sukan.


cik adik name ape, 
petang ni kelas jangan lupa.


masa berlari mata pejam,
petang ni pakai la jam.


kalau belaja biar betol2,
ptg nanti bwk air botol.


budak2 main tap talilap tamli tamlom,
eseimen korang sume dah siap ke blom??


sorong papan tarik papan,
korang sorong la sendiri,
aku ada keje dan dah abis idea.

OVERNIGHT.

Lama aku tak menulis apa-apa. Al-maklumlah entah apa yang aku sibuk sangat aku pun tak tau.

Masa mengadap skrin putih ni, aku baru balik berjimbit keluar overnight dengan teman agak rapat di kempus ni. (Sengaja aku ejakan kampus dengan kempus.)

Pertama, dapat keluarkan pun lambat sebab ada komitmen jadi emcee dekat Seminar Industri dan Kerjaya. Kalau ikutkan, malas aku nak berletih-letihan buat ini perkara. Lagipun keluar bermalam overnight dan weekend hanya dapat sekali sekala. Omputih kata once in a blue moon. Tapi bila ada yang memerlukan pertolongan, itulah masanya sang wira datang memberi bantuan. Pengajaran hidup, kalau kita diprlukan dalam sesuatu perkara tu, cuba ikhlaskan hati dan buat sepenuh jiwa dan raga. InsyaAllah kita akan dapat kepuasan diri kita walau terpaksa berkorban, walau sedikit.

Kedua, habis seminar terus pecut ke Putrajaya kononnya nak merasai suasana Himpunan Jutaan Belia. Jujurnya cakap kat sana takde ape pun. Indah khabar dari rupa, mana part aktiviti meriahnya pun aku tak taulah. Yang ada konsert K-Pop, yang nyanyi nye kumpulan Tip Top ke ape aku tak taulah. Pompuan ramai dok menjerit bagai nak gila tengok mamat-mamat korea menari. Hurmm, dorang ni takde keje lain lagi ke ea?
p/s Kalau Girl Generation atau Wonder Girl yang buat persembahan aku takkan kutuk sebegini rupa kot. Aku rasa aku diam je. Habis kononnya tengok wayang, cerita Man in Black 3. Macam biasa, bila penat dan cerita omputih jadi pilihan, aku akan tidur tak pikir apa-apa. Tapi kalau cerita Melayu, tak best macam mana pun aku tak tido. Inilah dia semangat bangsa Melayu yang masih setia mengalir dalam diri aku rasanya.

Ketiga, Ecopalooza. Aku teringin sangat nak pergi sebab ia bertemakan alam sekitar. Tapi bila dah sampai kat sana, pun maaf beb. Lagi sekali indah khabar dari rupa. Tentatifnya di website cantik sebegitu rupa, tapi bila sampai program guna dana 1MDB ni entah apa-apa. Walaupun aku memang letak jangkaan yang event tu tak indah, namun tetap event tu meleset sampai sebegitu rupa. Malas aku nak taip cakap kenapa aku cakap tak best ni sume.

Keempat, cari air terjun kat Selayang tak jumpa-jumpa. Puas pusing-pusing sampai entah ke mana. last-last memang makan angin atas kereta je la jawabnya. Tido lagi baik.

Okay, post ini memang sampah. Sebenarnya aku nak test skill menaip dan menulis je. Al-maklumlah sekian lama blog ni berhabuk entah pape. Oleh itu, sekian, padam muka.

Selasa, 3 April 2012

PENJEJAK BELANTARA ITU

Penjejak belantara itu
Pucuknya masih hijau
Merimbun mekar
Masih galak menjalar melingkar.

Tika pepohon seusianya
Membesar megah di kota raya
Dia berkorban raga
Bersahabat fauna berteman belantara
Demi sebuah nusa
Tanah bernama negara.

Penjejak belantara itu,
Tidak pernah ia berkata-kata
Mencerca nasib jua duri ditempa.

Baginya darah yang mengalir setia
dalam jasad sang kesatria
Adalah pengorbanan yang mulia.

Lalu pintanya
Secangkir doa pengubat luka
Secebis restu dari yang tercinta.

Hanya itu perawat sengsara
Tangkal azimat buatnya
Menempuh hari muka.

Satu Hikayat,
Kongkoi, 15 Jun 2009.