Khamis, 1 Mac 2012

SELAMAT ULANG TAHUN, PERAJURIT PERTIWI.

Kepada yang meraikan, selamat Hari Ulang Tahun Tentera Darat. Genap ulang tahun ke 79 penubuhan TDM, usia menjangkau separuh abad dalam misi suka duka pengorbanan perajurit demi mempertahankan tanah air tercinta sejak 1 Mac 1933.


Selalu saja pengorbanan tak nampak di mata, dan mulut orang ada yang mengata.
Walau ramai yang kata askar makan gaji buta,  ikrar kesatria untuk mengutamakan tugas tetap dikota.

Walau anak bini dan keluarga siang malam ditinggalkan berjauhan,
Namun demi tanah air yang tercinta, rasa rindu dan sayang itu tetap ditahan.

Kalau lah tugas itu sesenang dan hanya goyang kaki semata,
Apa kata kita serah dan tawarkan diri untuk buat kerja tu walau sekali cuma.

Setinggi-tinggi terima kasih pada para pejuang - wira yang didendang, pejuang yang dilupakan. Yang masih bernyawa, dan yang terkorban.

Kepada yang sentiasa memahami - keluarga yang merelakan dan melepaskan walau kadang-kadang tak mengerti, kepada isteri yang sekian lama memendam rindu dan kasih di hari, kepada anak-anak yang sentiasa ingat wajah ayah, dan masih sudi bermanja walau ditinggal ayah berbulan lamanya. Kepada adik-adik yang menganggap abangnya hero macam cerita perang kat TV. Kepada kakak dan abang yang tak putus-putus memberi inspirasi.

Kata-kata ini, untuk anda semua. Kita saling melengkapi. Ada yang berkorban, dan ada yang merasai keamanan yang hari ini kita kecapi.

Satu kata mudah, tapi susah sangat untuk direalisasi.

" Tolong memahami, dan terus menyokong kami. ", itu rintihan dan pinta hati setiap perajurit pertiwi.

Selamat Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia, moga terus taat setia.



7 comments:

  1. beto : gagah setia bro! jangan nak tuang sgt la ko! manjang nak stylo je.

    huda : selamat hari TD utk adik huda. dah kua pusasda blom?

    BalasPadam
  2. Selamat Hari TDM !! tribute to u guys by civilian :)
    http://yayanazeerah.blogspot.com/2012/02/brave-itu-berani.html

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. cik kiwi, lama tak singgah blog kita n lama tak dengar cerita. baru lepas geledah blog cik kiwi jgk. :)

      Padam
  4. yaya, thanks a lots! and for your post to all army on your blog! cute blog btw. :)

    BalasPadam