Isnin, 3 Oktober 2011

CONTOH KERTAS CADANGAN, PROPORSAL PROGRAM UNIVERSITI

Hari ni terasa ingin berkongsi tentang format atau contoh kertas cadangan, atau orang panggil jugak proporsal untuk aktiviti-aktiviti baik untuk pelajar universiti mahupun pelajar sekolah pun boleh jugak. Format ini digunapakai di UPNM, untuk dimajukan kepada pihak berkenaan seperti Bahagian Hal Ehwal Pelajar, bahagian Korporat, dan sebagainya. Contoh berkenaan tentang kertas cadangan debat persahabatan antara universiti.



logo upnm.

KERTASCADANGAN
DEBAT PERSAHABATAN SEBAGAI
PERSEDIAAN DEBAT INTEGRITI 2011

1. Pendahuluan

1.1 Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada Y. Brs. Prof. untuk mengadakan debatpersahabatan sebagai persediaan bagi menyertai PertandinganDebat Integriti antara institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS)2011 di Universiti Utara Malaysiapada 17 hingga 21March 2011 nanti.

2. Latar Belakang

2.1 Sebagaipersediaan untuk mana-mana pertandingan debat, debat persahabatan atau dikenalidengan istilah friendly debate amatlahperlu untuk melatih pendebat supaya berdebat dalam situasi debat yang sebenar.

2.2 Pasukandebat UPNM sudah seringkali menerima kunjungan dari pasukan-pasukan debat institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta(IPTS) untuk mengadakan perlawanan debat persahabatan dengan pasukan debatuniversity.

2.3 Antarapasukan yang pernah berkunjung ke UPNM untuk mengadakan debat persahabatanadalah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti SainsIslam Malaysia, Universiti Multimeadia Malaysia dan yang terbaru menyatakanhasrat untuk mengadakan debat persahabatan,pasukan debat Universiti Lim KokWing.

3. Objektif

3.1 Mengembangkan kemahiran pendebat dalam melahirkanidea bernas serta kemahiran debat yang berkualiti.
3.2 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pendebatmengenai isu-isu yang perlu diberi perhatian untuk pertandingan debat yangbakal disertai.
3.3 Sebagai platform kepada pasukan untuk mengetahuikelebihan dan kelemahan pasukan untuk dinilai dan diperbaiki.
3.4 Mempromosikan UPNM secara tidak langsung kepada IPTAdan juga IPTS.

4. Butiran Debat Persahabatan

4.1 Debat persahabatan ini akan diadakan pada 13 Mac2011 iaitu pada hari Ahad pada jam 8.00 pagi hingga ke jam 2.00 petang bertempatdi Bilik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Pangsapuri Perwira. Seramai 10orang ahli kesatuan debat akan terlibat dan kita akan menerima kunjungan daripasukan debat Universiti Lim Kok Wing berjumlah seramai 8 orang.

5. Implikasi Kewangan
5.1 Sebagaipersegaran sepanjang debat persahabatan berlangsung, anggaran perbelanjaanadalah sebanyak Ringgit Malaysia LimaRatus Sahaja (RM500.00). Anggaran terperinci adalah sepertiberikut :
Sarapan pagi - RM3.00 x 18 mahasiswa = RM54.00.
Makan tengahari - RM6.00 x 18 mahasiswa =RM 108.00.

Jumlah: RM 162.00

6. Syor

5.1 Kerjasamasepenuhnya amat diharapkan daripada Y. Brs. Prof. untuk mempertimbangkan danmeluluskan kertas cadangan ini bagi mengadakan debat persahabatan sebagaipersediaan bagi menyertai PertandinganDebat Integriti antara institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS)2011,

KEPUTUSAN:

Kertas cadangan yang disyorkanseperti di para 5.1 adalah

DIPERSETUJUI/ TIDAK DIPERSETUJUI.



……………………………………………….

(PROF.WAN MAHZOM BINTI AHMAD SHAH)
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Tarikh : Mac 2011




Disediakan oleh: WanNurhidayat bin Wan Muhamad
Setiausaha
KesatuanDebat UPNM
9Mac 2011