Jumaat, 15 April 2011

TEKS JURUACARA MAJLS PERPISAHAN KOMANDAN ALK UPNM


MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG DIRAIKAN BRIG JENERAL DATO AMIR BIN HASHIM TUDM, KOMANDAN AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA BESERTA YANG BERBAHAGIA DATIN.

BISMILLAHIRRAHMANIRRHAIM ASSALAMUALAIKUM W

ARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

YANG DIRAIKAN BRIG JENERAL DATO AMIR BIN HASHIM TUDM, KOMANDAN AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA BESERTA YANG BERBAHAGIA DATIN,

LEFTENAN KOLONEL KAMAL IDRIS BIN JOHARI , PENGARAH AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA DAN ISTERI,

PARA PEGAWAI,

STAF- STAF JURULATIH, SETERUSNYA PEGAWAI KADET UPNM YAN

G DIHORMATI SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH AN KURNIANYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA DALAM JAMUAN MAKAN PERPISAHAN YANG BERBAHAGIA KOMANDAN AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN YANG KITA AMAT HORMATI DAN SANJUNGI PADA PAGI YANG PENUIH BERMAKNA INI.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI , SATU LAGI SEJARAH AKAN TERLAKAR DALAM LIPATAN SEJARAH UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA APABILA SEORANG INSAN YANG SELAMA INI DIANGGAP SEBAGAI AYAHANDA KEPADA SEMUA PEGAWAI KADET UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA AKAN BERTUKAR KELUAR KE MARKAS ANGKATAN BERSAMA DI KEMENTE

RIAN PERTAHANAN.

SESUNGGUHNYA PERPISAHAN INI SANGAT DIRASAI OLEH SELURUH WARGA UNIVERSITI INI. UNTUK ITU, MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDIRI UNTUK MEMBERIKAN ”STANDING OVATION ” DAN MEMBERIKAN TEPUKAN YANG PALING GEMURUH SEBAGAI TANDAN PENGHARGAAN YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA KEPADA Y BHG DATO’.

BAGI MEMBERKATI MAJLIS, DIPERSILAKAN PEGAWAI KADET ...................

............................................UNTUK MEMBACAKAN DOA.

BERJALAN-JALAN DI KUALA KELANTAN,

SAMBIL BERJALAN MELEBAR JALA,

MAKANAN TERHIDANG MENUNGGU SANTAPAN,

MENANTI KALIAN MENJAMU SELERA.

DENGAN INI MAJLIS MENJEMPUT AN MEMPERSILAKAN YBHG DATO’, PEGAWAI-PEGAWAI KANAN, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN SERTA HADIRIN SEKALIAN UNTUK MENIKMATI HIDANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN. DIPERSILAKAN.

SEMENTARA ANDA SEDANG MENIKMATI HIDANGAN MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA GAMBAR KENANGAN Y BHG KOMANDAN SEPANJANG BELIAU BERKHIDMAT DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA.

BAGI MENGISI PERJALANAN MAJLIS YANG PENUH BERSEJARAH INI, DIJEMPUT PEGAWAI KADET CHAN JUN SHEN DAN PEGAWAI KADET WAN MUHAMMAD NABIL BIN WAN HUSSIN UNTUK MENDEKLIMASIKAN PUISI YANG DITUJUKAN KHAS BUAT Y BHG DATO.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN DI ATAS PERSEMBAHAN PUISI YANG PENUH BERMAKNA ITU TADI.

MAJLIS KINI DITERUSKAN DENGAN UCAPAN OLEH PEGAWAI KADET KETUA KOMPENI WAN AHMAD GHAZLY BIN WAN GHOUZ, YANG DIPERTUA WISMA PEGAWAI KADET. DIPERSILAKAN.

PARA HADIRIN SEKALIAN, TIDAK LENGKAP RASANYA MAJLIS KITA PADA HARI INI SEKIRANYA KITA TIDAK MENDENGAR AMANAT TERAKHIR DARI KOMANDAN AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA. DENGAN ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT Y BHG DATO’ AMIR BIN HASHIM TUDM UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA. DIPERSILAKAN YBHG DATO.

TERIMA KASIH YBHG DATO.

SEBAGAI MENGENANG JASA DAN BAKTI Y BHG BRIG JENERAL DATO AMIR BIN HASHIM TUDM SEPANJANG MEMIMPIN KAMI PEGAWAI KADETUNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA, DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN PEGAWAI KADET PANGLIMA BRIGED................................................................ UNTUK MEWAKILI SELURUH PEGAWAI KADET BAGI MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YBHG DATO SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

YBHG DATO’,

SEGALA JASA DAN PENGORBANAN YANG TELAH DICURAHKAN SELAMA BERKHIDMAT SEBAGAI KOMANDAN AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA YANG PERTAMA, AKAN KAMI KENANG DAN HARGAI BUAT SELAMA-LAMANYA. SEGALA NASIHAT DAN PEDOMAN AKAN MENJADI PANDUAN KEPADA KAMI DALAM MENITI TUGAS SEBAGAI BAKAL PEGAWAI DALAM ANGKATAN TENTERA KELAK.

KALAU ADA JARUM YANG PATAH,

JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI,

KALAU ADA SILAP DAN SALAH,

JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI.

KALAU ADA SUMUR DI LADANG,

BOLEHLAH KAMI MENUMPANG MANDI,

KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,

INSYAALLAH KITA BERJUMPA LAGI.

SEKIAN KAMI SUDAHI DENGAN WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH

WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PEGWAI KADET, ANDA DIKEHENDAKI UNTUK BERBARIS DI SEPANJANG BAHU KIRI JALAN UNTUK BERSALAMAN DENGAN YBHG KOMANDAN AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan